kerinduanku

Terkadang..bila lihat gambar-gambar orang lain berjaulah..rasa jeles sangat.. Jeles di atas kesempatan waktu yang mereka ada untuk berbuat sebegitu..

Bagiku, rasanya kali terakhir aku dapat berjaulah, yang mana jaulah tu memang khas untuk aku dan sahabat seperjuanganku, adalah ketika aku masih dalam tahun pertama. Aku ingat lagi, kami se'keluarga', dibawa oleh 'ummi' dan 'ummi tiri' ke adelaide.. Untuk makan angin, serta bertemu dengan qudama' di sana, yang memberikan tazkirah bagi menyediakan kami sebelum kami pulang ke Malaysia buat kali pertama setelah hampir setahun ditarbiyyah di bumi Aussie.. Jaulah itu, amat indah sekali. Penuh makna.

[oh ye, baru teringat..ada lagi sekali. yakni jaulah ke sorento di tahun kedua. juga bermandi laut di frankston pada tahun yang sama. tapi.... takpelah.]

Masuk je tahun kedua, aku sudah perlu menjadi 'dewasa'. Sejak itu.. aku jarang sekali punyai peluang sebegitu. Tanggungjawab lain sebagai 'kakak' lebih utama. Tambah lagi, bila 'keluarga' baruku kini dari kalangan mereka yang sibuk-sibuk belaka..jarang dapat bertemu masa dimana semua orang free.

Bukan nak kata aku tidak pernah berjaulah lagi ever since. Berjaulah je..tapi berjaulah membawa orang lain.. dan itu lain rasanya dengan perasaan aku dibawa berjaulah. Amat rindu akan zaman itu..zaman di mana segalanya diberikan, tanpa menuntut aku memberi.. But, I guess, lumrah alam, nothing will last.. akan tiba masa dimana kita pula perlu memberi. Terkadang tertanya, adakah bila aku memberi, maka aku sudah tidak boleh diberi? ..hurm..

.
.
.

Bila fikir-fikir balik, i guess, another big portion yang menghasilkan rasa jeles ini adalah untuk bersama rakan-rakan sebaya ku..yang mana dengan merekalah aku mengenal tarbiyyah ini..yang mana, dengan merekalah kami sama-sama berjuang meninggalkan jahiliyah lalu.. tempoh hari aku ke Sydney, dan sekalipun perginya aku ke sana untuk memberi, aku di sana bersama sahabat-sahabat sebaya ku ini.. dan indahnya Sydney di hatiku lebih dari tugas-tugasku yang lain..kerna itu.

Bukan nak kata aku tidak sayang atau tidak bersyukur dengan 'keluarga'ku sekarang. mereka tetap ukhti-ukhtiku..tapi..lain tau rasanya, bersama dengan mereka yang bukan sebatch. Selalu terasa bahwa mereka hanyalah teman seperjuangan dalam kerja dakwah..tapi bukan untuk berukhuwah yang lebih. Seringkali rasa leftout kerana aku jarang menjadi sebahagian dalam plan-plan 'ukhuwah' mereka. Mungkin juga kerna I'm the black sheep in the family. Sedangkan, bila dakwah tulah nadi hidup kita, maka sepatutnya mereka yang bersama kita itu adalah segala-galanya despite perbezaan umur.

takpelah..

Bukan aku mengeluh. Kerna hakikatnya, aku yang memohon pada Allah agar aku didewasakan segera. Kerna aku tahu, tempoh masaku di bumi tarbiyyah ini tidak lama, dan aku mahu mengaut sebanyak mungkin yang aku bisa perolehi sebelum pulangnya aku ke medan amal.

takpelah..

Ku korbankan keinginan hati ini kernaNya..dan kerna dakwah ini. Moga-moga Allah mahu membawa ku berjaulah di dalam syurgaNya nanti.. Jaulah yang khas untuk aku. Dan insyirahku. Di mana aku diberi segala-galanya, tanpa perlu memberi.. insya-Allah.

=')