At the age of 23, I realized this.
Hati manusia akan sentiasa mencari cinta. No wonder orang selalu kata, memang lumrah semulajadi manusia ingin mencintai dan ingin dicintai. Pernah dulu aku berjumpa cinta. Cinta Illahi. Cinta yang sungguh indah.. dan jika kau masih ingat, status ym ku dahulunya, sentiasa tertulis 'bahagia..alhamdulillah'. Dari cinta Illahi ini juga, aku mendapat cinta dari dan kepada para ukhti yang berada di sekeliling.
Hingga waktu aku melangkah ke alam perkerjaan, dalam kekusutan dan kekalutan aku menyesuaikan diri dengan routine-routine hidup yang baru, dalam keghairahan aku bercampur gaul dengan pelbagai jenis manusia yang berlainan akhlak dan gaya hidupnya, aku terhilang cinta Illahi itu. Mungkin kerana bi'ah lama sudah tiada. Mungkin kerana hati sudah terlalu gersang. Mungkin kerana pelbagai perkara sunat sudah mula ditinggalkan. Namun yang pasti, hati aku tetap mencari cinta. Dan sungguh, ia benar-benar mencari hingga ditemuinya satu cinta. Cinta manusia. Disangkakan cinta inilah yang sudah lama dicari. Namun entah kenapa, hati tau cinta ini tidak benar. Hati tau cinta ini takkan kekal. Hati tau cinta ini tercemar. Namun, sepertinya, hati tidak tau harus lari ke mana lagi.
Dengan izin Allah, aku dihantar ke satu tempat yang jauh. Waqi' di tempat kerja baruku ini, setiap pagi, alunan ayat al-quran oleh Syeikh MIshari akan dipasang. Dari Albaqarah hinggalah ke An-Nas. Dan pekerja-pekerja di situ hafal Quran kebanyakannya. Aku suka akan waqi' itu. Ketika bekerja di sana, telah beberapa kali, dalam pada aku membuat tugas-tugas harianku, secara tetiba-tiba, satu perasaan cinta dan rindu yang amat kuat akan menggamit perasaan. Perasaan itu terlalu kuat hinggakan aku terpaksa berhenti kerja-kerja yang aku lakukan pada waktu itu, untuk memikirkan dari mana datangnya perasaan ini. Adakah aku rindukan pada manusia itu? TIdak lah pula. Lalu perasaan apakah yang mencengkam diri ini?
Perasaan itu amat kuat, dan aku mahu perasaan itu terus kekal. Namun aku teringin sangat tahu, cinta apakah ini yang sedang menyerang diriku ini? Pada ketika itulah, aku sedar, bahawa jiwa aku amat cintakan dan sudah terlalu rindukan pada ayat-ayat quran yang sedang dilagukan pada waktu itu. Terlalu rindu. Terlalu cinta. Dan perasaan ku ketika itu sungguh damai sekali. Subhanallah, aku tidak tahu bagaimana mahu menggambarkannya. Dan kejadian seperti ini, terjadi berkali-kali. Perasaan cinta dan rindu itu akan datang secara tiba-tiba, dan ia amat kuat dan menggamit perasaan. Pada setiap kali itu, aku akan buntu dan tertanya-tanya dari mana datangnya perasaan ini. Dan pada setiap kali itulah aku menyedari bahawa ia datang dari jiwaku yang amat rindu dan cinta pada ayat-ayat Allah. Subhanallah..subhanallah..subhanallah..
Di ketika itu, aku sedar..ya memang hati ini terus mendambakan cinta. Namun, dari mana kita ingin mencari cinta itu, dan ke mana kita mahu talakan rindu itu, adalah keputusan dari diri kita sendiri. Kita boleh mencari cinta pada manusia, pada harta, pada dunia..namun cinta itu tidak cukup kuat, tidak cukup mendamaikan, dan belum tentu kekal. Tetapi, jika kau talakan cinta dan rindumu kepada Dia yang berhak menerimaNya, di situ kau akan menemui kebahagiaan yang sebenar.
Memang benar, sebagai manusia, kita akan mendambakan cinta dari seorang manusia. Sebagai seorang perempuan, nak lagi pada umur kita skrg, kita akan sangat rindukan kehadiran seorang yang bernama suami sebagai tempat untuk bermadu kasih; satu perasaan fitrah yang memang diciptakan Allah untuk manusia. Namun aku yakin, andai cinta itu bermula dari cinta kepada Allah, dikawal rapi dan dijaga oleh cinta kepada Allah, barulah cinta manusia itu juga akan terasa keindahannya.
Betapa aku amat mahukan agar cinta ini kekal selamanya. Selamanya.
-HA