tenatnya masyarakat kita

Assalamualaikum sahabat sekalian. Benarlah masyarakat kita hari ini sangat tenat.
Hari ni saya ke bandar dengan ayah, ibu dan adik-adik. Memandangkan saya tiada apa yang nak dibeli, saya merelakan diri duduk di luar kedai menjaga barang-barang sementara yang lain-lain membeli barang di kedai berhampiran. Duduk saya, bertentangan dengan jalan kecil di dalam bandar besar, tempat laluan masyarakat ke kiri dan ke kanan.
Sedap sungguh gelaran yang diberi oleh kerajaan negeri kepada bandar itu. "Bandaraya Islam", "Serambi Mekah"...Tetapi, penduduknya tidak ubah seperti penduduk di negeri lain.
Allah saja yang tahu..hati ini kasihan melihat masyarakat yang semakin tenat dengan maksiat dan jahiliyah. Seluar jeans ketat + baju kemeja ketat, pendek dan tidak berlengan + tudung singkat mengikut fesyen sekarang.
Rata-rata golongan perempuan memakai tudung dengan sanggul tinggi di atas kepala, dibutangkan pula di bahagian leher sehingga nampak bentuk telinga dan leher mereka. Tidak kira umur..dari muda sehingga yang tua...entah di mana cantiknya fesyen sebegitu.
Itu belum dikira yang berjalan berpegangan tangan, rambut yang hitam sudah menjadi seperti rambut dan janggut singa.
Jika dulu, saya sekadar mendengar "masyarakat kita sudah tenat". Kalau melihat pun, sekadar melihat di internet. Tapi, sekarang...sejak pulang ke Malaysia, ternyata masyarakat kita memang sudah tenat.
Usah pandang jauh-jauh. Keluarga kita sendiri masih dibelenggu perkara yang sama. Sedih juga apabila ibu mahu membeli syampu "Clear", keluaran Unilever. Saya katakan pada ibu, "Produk Yahudi ni". Katanya, "Memang produk Yahudi tapi nak buat macam mana. Ibu tak boleh pakai syampu jenama lain. Habis rambut jadi rosak."
Adik-adik juga sudah pandai mengenakan tudung yang sedikit singkat. Untung mereka masih memakai baju lengan panjang & tidak bersanggul tinggi seperti trend hari ini.
Sekarang, apa yang saya boleh buat ialah menjadi contoh yang baik untuk adik-adik. Kerana adik-adik seperti belum bersedia untuk mendengar 'ceramah'. Kadang-kadang, qudwah lebih tajam daripada kata-kata yang penuh dengan pesanan kan? Saya tahu mereka sedar akan perubahan saya. Mereka pernah tanya, "Akak sekarang senyap sejak balik. Dulu tak macam ni." Saya katakan kepada mereka sambil senyum, "Tak ada apa nak cakap, lebih baik diam."
Ya Allah yang Maha Kuasa. Lindungi kami dari fitnah dunia. Lindungi kami dari nikmat keseronokan dunia. Jadikan kami orang-orang yang mencintai dakwah. Ameen.

2 comments:

HA said...

True.. It's more obvious when you've just came back from overseas. But once you start working or studying in Malaysia, the whole thing kind of get dilute into you because you see it everyday.. Not that we become one of them..but at times..we just become less sensitive.. Nauzubillah..

It's good you posted this up.. At least it'll remind us in the future on what the benchmark should be.

Recently TH pasted something on her blog..try reading it. It' something that we should remind ourselves again and again.

HA said...

True.. It's more obvious when you've just came back from overseas. But once you start working or studying in Malaysia, the whole thing kind of get dilute into you because you see it everyday.. Not that we become one of them..but at times..we just become less sensitive.. Nauzubillah..

It's good you posted this up.. At least it'll remind us in the future on what the benchmark should be.

Recently TH pasted something on her blog..try reading it. It' something that we should remind ourselves again and again.