Al-Baqarah:216 - tidak semudah membacanya

Assalamualaikum wbt..

Lebih kurang jam 2 petang tadi, setelah mengambil adik-adikku yang baru pulang dari sekolah, aku mendapat panggilan telefon daripada ayah mengatakan bahawa nama-nama bakal guru Bahasa Inggeris yang akan posting di Terengganu telah sampai ke Jabatan Pendidikan Negeri(JPN). Atas pertolongan seorang kenalan ayah di JPN, ayahku diberitahu bahawa namaku berada dalam senarai tersebut. Terhenti seketika aku rasa nafas pada ketika itu dan tanpa disedari ada titis-titis jenih mengalir di pipi. Nyaris-nyaris aku terlanggar kereta di hadapan. Fikiranku kosong tetapi alhamdulillah aku pulang ke rumah dengan selamat.

Setelah beberapa ketika, aku mula memotivasikan diri dengan mengatakan ini adalah yang terbaik untukku. Dan aku masih berharap akan mendapat sekolah di daerah K****** dan bukan di K**** T*********. Hujah ku adalah daerah K****** ini jauh dari rumah maka aku tidak perlu duduk di rumah, dan daerah K****** berdekatan dengan medan tarbiyah dan dakwah yang subur. Selain itu, daerah K****** ini lebih dekat dengan ibukota. Hanya 3 atau 4 jam perjalanan.

Aku masih mampu tersenyum dan merasakan aku mampu menerima takdir ini dengan hati terbuka. Namun, malam ini air mata ini tidak mahu berhenti mengalir setelah lagu rahmat ujian berkumandang. Aku ulang dan ulang lagu itu untuk mencari kekuatan. Setelah itu, air mata ini sering mengalir. Rupanya aku hanya berlagak seolah-olah aku redha dengan ketentuan ini. Padahal aku masih tidak mampu untuk redha. Geram sungguh pada diri sendiri apabila mengingatkan hadis mafhumnya bahawa orang beriman itu sggh hebat. Apabila mendapat rahmat dia bersyukur dan apabila mendapat musibah dia redha. Jauh lagi aku rupanya dari semua itu. Aku menghantar mesej kepada beberapa orang dengan harapan untuk mendapat mutiara kata daripada ukhti-ukhti tercinta. Namun sepi tiada jawapan.

Adakah ini yang dikatakan bahawa Allah ingin mengajarkan aku bahawa pergantungan itu hanya padaNya?oh aku lupa itu. Aku bangkit untuk mengambil wudhuk dan membasuh muka yang semakin sembap dek tangisan sebentar tadi. Aku sedar hanya Dia tempat mengadu sekarang. Tiba-tiba satu mesej masuk dan salah seorang ukht tercinta ku membalas mesej lalu aku mendapat panggilan darinya. Hanya beberapa ketika, talian terputus. Rupanya sudah kehabisan kredit.Aku juga begitu. Lalu aku kembali meneruskan solat hajatku supaya Allah mengurniakan aku secebis kekuatan.

Sebelum ini, sudah berulang kali aku katakan kepada ukhti-ukhti yang rapat dengan ku bahawa aku merasakan yang aku akan diuji lagi sebagaimana semasa aku berada di OZ dahulu. Aku berseorangan walaupun itu hanya pada zahirnya. DIsebabkan itu, aku sering meminta agar aku tidak bersendiri lagi. Namun, hanya setahun aku sempat merasakan berjuang bersama-sama ukhti-ukhtiku. Kini aku kembali sendiri lagi..

Terlalu banyak keluhanku pada malam ini sehingga aku kabur dengan matahari akan akan bersinar esok. Moga mataku ini akan terang benderang seterang matahari di pagi hari esok sehingga terzahir padaku hikmah di sebalik dugaan ini.

(Al-Baqarah:216)-Mudah dibaca, mudah difahami tapi berat untuk diterima..

Ampuni segala khilafku Ya Allah..

wallahualam


-FA-

3 comments:

HA said...

sayang.. the journey has just started..

mesti awk rasa risau sbb pernah melalui kan. tetiba teringat macam.. bila sy gi fieldtrip, first time turun bukit, happy, sbb tak tau lepas tu kena panjat balik bukit tu.. second day nak turun lagi satu bukit, dah takde semangat sbb from pengalaman hari smlm, dah tak larat nak panjat balik bukit tu nanti..

living alone and far from dunia dakwah is difficult, especially if all this while, benda tu yang jadi puSh utk kita istiqomah. but like it or not, being alone tu menjadi tapisan kepada diri kita. bila kita reflect balik kat diri kita, rasa cam, Allah betul-betul tengah uji samaada kita ni faham islam ke tak sebenarnye. Kalau kita tak faham, maka dengan mudah kita akan kembali ke kehidupan jahiliah yang dulu. kembali yang takkan kembali.

kita ada kembali ke kehidupan jahiliah sikit2..tapi alhamdulillah, kesedaran to is always there.. sbb korang2 la jugak.. tgk korang2 giat buat kerja dakwah, reminds me of my own responsibility, my own perjuangan utk islam. So, slowly i try hard to climb back up again.

mungkin keadaan skrg tak favor us to always keluar program yang aktif like what you would go tru kalau duk kl. but then, takkan nak biar sahaja begitu kan? at the end, persoalannya still apa yang kita telah berbuat dengan usia yang diberikan kepada kita. takkan nak jawab kita telah menggunakannye untuk bersedih di atas nasib yang menimpa diri. kan?

tough things are not as we expect it to be, we have to be creative. creative to find our way out of things. creative to make things work the way we wish it to be.

i may not be the best person to say this, as i have succeeded well Either, yet. but let's go tru this together eh? though far aparts..moga kita semua dapat saling merasakan dekatnya kita semua di hati ukhti2 kita..

FA said...

betul, betul, betul..indeed everything you say is true. I had felt the pain once..tapi the new journey has just started. Takkan ke mana kalau asyik mengeluh begini. That's not a good daie. Patutnya daie yg hebat itu, tercampak ke tengah lautan sekalipun akan tumbuh menjadi pulau. Bukannya tenggelam sampai ke dasar.I'll try my best insyaAllah..tapi harus gimana jika air mata ini mengalir tanpa diminta.Bukan mengeluh cuma sedih (beza ke?)..tapi thats what we call being a woman i guess..kan?

HA said...

hehe..it's ok to cry.. tanda kita mmg seorang hamba.. time camni la yang paling best nak mengadu kat Allah.. rasa cam seorang budak kecik yang menangis sbb tak dpt gula-gula..hehe. it's ok.. semua ni part of our pengalaman.. as long as we are working our way to become hamba yang redha.. dgr lagu firdaus tu.. menangislah di bahuku.. hehe